Wednesday, December 31, 2008

edisi::rindu kawan kawan studio::


terbaekkkkk punya landing. ini megat. (credit to photog; whom aku lupa siapa)


shema tgh gosok baju di koridor raya sambil diperhatikan oleh paidie dan sekaligus memberikan pose yg tipikal kepada jurugambar.


my favourite guys..(kopak n kepep..hensem berdua-duaan di dalam lift)


ini pukul 3am ke hapa...bersiap2 nak tidur kat mahalah..tgk muka sengal mahdi, megat, mahdi n bashier. lebih2 lagi mahdi. hahaha



ini rumah hantu nih...ada batang mancis...pokok takde daun..cuaca ala2 autumn... kata aku. pastuh orang lain gelak. ramai2 wat bunyi burung hantu...UUUUUuuuuUUUu



kata shah dalam sengihan: in my defense aku nak mewujudkan element dan suasana persisiran sungai melaka yang mencengkam perasaan. syahdu dan sepi.


ramai-ramai: yo lah tuuu.... gelak2 besar..

external assessor kanan kata sambil tersengih: kelakar jugak thesis budak tuh...

external assessor kiri kata: ye..ye..steady2...jgn tgk lelebih..kesian budak depan kita nih present sengsorang kang



ok lame.

aku bosan di ofis dan sakit mata.


nanti aku upload girls' trip to damai laut plak..tunggguuuu... (tunggulah kemuncalan gambar yg topless..aaa..saspenn..!!!)

Friday, December 26, 2008

May his soul Rest in Peace. Amin.


The lost of superkewl-intelligent-remarkable Dr. Shukri.

On 24th December 2008, kami kehilangan our beloved lecturer yang paling kelakar stone dan intelligent. A fatal cut by a piece of razor-blade glass. Aku pun dah tak sure nih version mana tapi he’s gone in ½ hour time. Quoted from Aidah, said by Mdm Zalin, model heritage studies istana/building lama kedah tuh tak perlu dibawa pun ke kedah (Dr. Shukri ada presentation dgn Sultan Kedah on heritage studies made by our friends ) tapi nak dijadikan cerita, itu model itu jugalah yang diangkatnya. Some other people pun ada cakap, Dr. Shukri penah mention banyak kali yang cover model made by glass nih terlalu merbahaya. Ye, dan aku stuju dah lama dah..semenjak aku did the heritage studies back in 2006 where fadhil (my heritage studies’ division head group) telah menyebabkan bekas kaca tuh retak yg agak dasyat ( we were doing masjid mataram, Indonesia at that particular time). He was actually tgh nak mengangkat2 barang tuh2 untuk dibawa ke kedah dan abg ejad (technician) was out for only 5minutes or so..dan aku rasa model tuh nak jatuh dan dr.shuk tahan dgn paha. Kaca pecah dan cut his main artery (kat peha) and lost a lot of blood. Dia sempat merangkak keluar dan ask for help. Last words from him was “kenapa lambat sangat nih?”. Dr. shukri menghembuskan nafasnya yang terakhir di roundabout hospital/selayang in the ambulance. Masa sampai hospital, doctor sahkan dia dah zero blood. Lukman our one year senior was with him along the journey to the hospital. As this an accident happened at workplace, it’s classified as a police case. The lab will be closed temporarily and Dr.Shukri body had to undergo post-mortem which has been done on Thursday morning. Dr. Shukri telah dikebumikan di perkuburan USJ20 keesokkan harinya (khamis 25/12/2008) right before zuhur time. Wajah dia bersih sangat2 masa disembahyangkan di Masjid Alfalah, USJ 9. Macam muka dia waktu tgh duduk2 kat studio sambil memejamkan mata.

Senang cakap, aku masih lagi in denial yang Dr. Shukri dah takde. Masa junior call aku kat office bout him, how I wish there was another shukri bcos she mentioned bro.shukri. aku betul2 harap bukan dr. shukri. Aku dah cuak gile masa dapat call tuh then I call tina, call mahdi, call aina. And at the mean time, I received lots of smses from unknown numbers telling bout dr.shukri. dan aku masih lagi in denial. Bila time aku call tina tuh aku dah takleh control emosi aku dan aku blah terus dari office n headed to hospital selayang. Masa aku sampai di hospital, only lecturers were there n I’m kinda the first student from our studio to arrive. Bro.azrin showed me the room where they kept dr.shukri before the post mortem took place. Aku tengok muka jenazah dan still berharap itu bukan dr.shukri. but he was there lying silently. Aku sorang time tuh, dan aku just recite whatever yang aku ingat dan aku blah. Aku takleh bear duk situ lama2. After a while, more students came, batch by batch seniors and juniors. My studiomates also. Razi, dr. shukri’s supervisee rushed into the building. Taktahulah ape perasaan razi, dia baik giler dgn dr. shukri. Jangan kata razi, semua orang pun bungkam. Dr. shukri lecturer yg intelligent giler dan kalau wat kelakar mmg tak hengat la. Ko tak dapat la lawak2 simple dari dia..tapi lawak2 yg diucapkan dgn muka serius. Itu paling lawak. The best thing of all, dia caring giler kat students dia. Serius. Kalau juniors mungkin tak dapat n tak faham la ape yg kiteorang rasa (sebab kalau dia ajar kelas theory of architecture mesti philosophy giler n serius giler, padahal ada time dia wat lawak orang tak perasan) tapi dia sangat2 caring. Mana nak dapat lecturer datang studio 3-4 a.m nak crit students’ thesis. Sapa nak wat camtuh? Siap bawak kak nor dan mukhriz (wife n son) lepak sekali kat studio. Dia concern giler masa everybody still tak dapat nak elaborate masing2 nye topic. Tah ape2 punya theory n philosophy dia cakap..susah benor nak faham tapi once u got what he wants to tell u,the idea, the vision, mmg konfem ko berjaya la pastuh. Aku ingat aku penah macam kinda let him down masa crit presentation. .aku penah mentioned kat previous entry yg aku cakap aku wat mende bodoh masa crit tuh. Aku menangis sebab aku rasa aku betul2 dah kecewakan dia sbb aku bodoh tak focus wat kerja. Aku tahu dia kecewa dan nak marah aku tapi dia tak marah aku. Lagilah aku rasa macam bangang sebab main2. Tapi sebab mende2 tuh r aku wat betul2 masa final dan serius, grade yg aku dapat masa final tuh tak penah aku mimpi aku dapat. Aku thankful giler kat dr. shukri dan dr. hanita yg guide aku sampai habis. Kalau tak mmg aku bangang sampai bile2.

The thing is kesiannya aku kat anak2 dia. Kat wife dia. Sudden death begini membuatkan kau tak prepare tak bersedia mentally dgn apa yang akan terjadi kemudian hari (walaupun dalam La Tahzan cakap esok hari adalah perkara ghaib dan rahsia Allah) Anak kecik2 lagi. Mukhriz tak sampai 1 tahun ½ dan Arisya like 4 months old. Kesiannya anak2 dia tak dapat kenal ayah dia yang super cool, intelligent, islamic dan lawak tu. Have I mentioned he was very Islamic. Islamic in a sense of everything u do it has to be linked to the Creator. Dia punya Islamic sampai boleh ingat verse mana dalam Qur’an yg tell about something something. Kalau tak ingat ayat, dia akan tanya ajil (studiomate tahfiz ‘kesayangan’ dia). To that extent. Aku tak jumpe lagi (or tak perasan) lecturer lain yang setiap kali ber-philosophy , brainstorm ideas akan relate to Qur’an kecuali dia. What a lost to us. Tapi Allah knows better and loves him more. Semoga Dr. Shukri berada di kalangan orang-orang yg soleh dan para Rasul-nya. Semoga Kak Nor dan anak-anak tabah dengan ujian ni. Semoga ini menjadi iktibar kepada kita semua untuk kita lebih menghargai orang-orang disekeliling kita. Semoga apa yang pernah Dr. Shukri ajar kita, kita guna sampai bila bila dan teruskan ilmu ilmu yang disampaikan kepada kita. Amin.

p/s: aku ralat sangat sebab bila aku cari2 gambar dr. shukri dalam pictures folder aku sangat2 kurang. Dan ingat tak kita pernah planning nak wat bbq lepas thesis kat rumah dia which dia bersungguh benar nak buat yang akhirnya tak jadi? Allah knows better. He’s the best fatherly figure in our KAED. Mari ingat perkara2 kelakar dan seronok bersama Dr. Shukri.

Thursday, December 18, 2008

7 things i love about me (sebut dgn nada lagu miley cyrus)



* Share 7 facts about yourself on your blog.
* Tell 7 unspectacular quirks on yours.
* Tag 7 people at the end of your post by leaving their names as well as links to their blogs.
* Link the person who tagged you.
* Leave a comment for each blogger.

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++


7 useless-facts (except for no 6, itu aku serius)

1. i can look into people's eyes attentively without hearing a thing he/she is saying. (bukan pada orang yg tersayang la) kira macam..kengkonon kusyuk dengar orang tuh cakap tapi boleh pikir mende lain dan tak fokus.

2. self-acclaimed green-color lover tapi barang banyak warna biru, how come?

3. Arian. sangat2 Arian quality gitewww.. as in ;


* Impatience -sangat2 benar.

* Arrogance - benar

* Enthusiasm - sangat

* Initiative - mungkin benar

* Leadership - mungkin tidak?

* Opinionated / stubborn - kadang2

* Forceful - jarang2

* Irritable - selalu

* Straightforward - memang

kata wikipedia.

4. kalau panas, muka merah. kalau malu, muka merah. kalau marah, muka merah. kalau blushing haa lagi la muka merah.

5. tidak perfectionist. 'asal boleh blah' kind of attitude. wakakkaka...tapi optimist aa..selalunya positive gak aku nih...eheh

6. aku tak suke orang wat remeh2 pasal aku dan keluarga aku. pastuh bajet aku nampak cam kewl n boleh terima lawak pelik2 terus bajet aku leh terima lawak2 lucah melampau or lawak2 bodyparts yg macam haram. gi mampus la. (eh tetibe emo)

7. akan basuh tangan serta merta lepas pegang duit dan kucing. nasib baik skang ada hand sanitizer, takyah gi toilet byk kali.

________________________________________________________________

7 supposedly-unspectacular quirks



1.kurang menggunakan tangan kiri kecuali keperluan2 afdhal sahaja.

2.selalu bajet kalau dilahirkan seorang lelaki mesti hensem. dan selalu membayangkan diri sendri lelaki yg hensem naik super-bike pakai jaket kulit topshop yg style sambil menggendong tube drawing (warghhh kepoyoan). dan mengorat awek2 cun di jalanraya.kemudian menjalani kehidupan yg live life to the fullest gitew.. (testosterone kicks in)

3.tak suke membuang air kecil. serius leceh.

4.dulu nak jadi penulis novel. macam harammmm..!! in denial sungguh taknak ngaku sampai sekarang.dulu siap taip2 wat cerpenlah konon pakai typewriter mak..wakkaka...(tah ada lagi ke tak cerpen2 bodoh tuh)

5.licik menggunakan sesuatu keadaan untuk meloloskan diri. ewahhh...macam tikuss..! biasanya melepaskan diri dari kene marah dgn parents la... hoho

6. kalau suke sesebuah lagu boleh rewind dan nyanyi banyak kali macam haram sampai jemu

7. suke benor makan megi kari + telor + cili api + sos cili (aiihh..taip nih pon dah kecur air liuq aku)


ahh sudahhh~~ revealing too much of myself to the public. ini sudah tidak aku yang kewl. haha...


dah..sape nak wat mende tag nih wat la...


esok half day~ woohoo!!~

Monday, December 15, 2008

sleep-o-ver


berjaya!

Wednesday, December 10, 2008

::edisi::cuti aidil adha::


1. hari khamis yg meletihkan – telah applied cuti for jumaat n selasa. sebelum dan sesudah raya


..mlm khamis selepas office hour departed from SG to beloved IM@kuantan. aku berjaya bangun tidur waktu magrib secara terkejut dan sakit kepala..(aidah tak kejut konon sebab kesian..kalau terlajak tidur smpai mlm kan naya tu) terpaksa mandi (ahaha..sejuk oyy) untuk hilangkan kepeningan..tepat kul 8, kluar dari rumah menuju ke shell utk mengisi minyak dan kononnya mahu berdinner didalam kereta sahaja..tapi dek menurut permintaan terakhir bff (sape lagi kalau bukan aida, star of my blog) maka berdinner secara leisure di mc-d sampai 8.45. uhuh...takpe...chill.,..bukan nak kejar ape pun..nak balik kuantan jek pun. isi minyak hampir penuh which sebenarnye tak suke isi tank full sbb nnt kelisa tuh nak daki bukit kat genting tuh macam siputla..tapi disebabkan sudah malam dan malas nak berenti on the way nnt, gasaklah..berat pon berat la keta (dengan minyak dan barang byk pindah rumah si aidah. brg byk pindah rumah itu bukanlah satu ekspresi tapi mmg kenyataan. penuh but dan seat belakang..) ye..my beloved aidah (gross..sure mimpi kissing2 dgn aidah lagi mlm nih) secara officialnya telah moved out from the house n back to kuantan for good.( ok not that good la sbb february nnt dah pindah aussie jd gilfren ian thorpe) anyhooo.. ye..perjalanan mlm itu disulami dgn perbualan yg menginsafkan, motivational, horoscopical (kami obses zodiac aries), gelak tawa dan diakhiri dgn karaoke smpai kuantan. freak.. dr signboard bera smpai signboard exit kuantan aku dgn aidah melalak lagu backstreetboys dan britney spears smpai kering2 tekak, lenguh2 mulut dan suara yg serak2 basah. (tentunya aku yg penuh emosi menyanyi, aidah maseh cover2) aku terfikir gak aa..tengah galok-galok (read: seronok2 melampau) nyanyi tuh..kalau dibuatnye ada mende putih terbang tepi keta aku tak ke binawe. aku mmg terfikir mende tuh je sbb lepas exit gambang nak ke exit indera mahkota..mmg gelap syialll! macam cahaya putih yg ditelan gelap pekat mlm. aihh...kalau fikir lebih2 sambil teringat2 cerita tamar jalis ada yg bawak keta pasang lampu dalam or memecut smpai gegar2 dan cabot2 spare part kelisa tuh. TETIBE berdesup satu cahaya putih silau. siot!! wira poyo2 modding evo la konon pakai headlight biru cerah ala lampu pendaflour (ape ejaan taktahu)...tahiii! aku benci btol keta camnih...nak suh orang buta agaknye! tp sebab on the way tuh gelap dan sunyi, baiklah aku tidak mencarut..sekali aidah bertukar jadi pontianak ke hapa..lagi haru.. hahaha..oopps..

tp tuh r..maybe this was the last trip aku n aidah balik kuantan bersama...oh~~ aku cakap nih bukan sbb aku favor aidah (which yeah ekcelli..haha) or sebab dia housemate aku or nak ampu dia supaya dia belikan aku something special masa dia kat aussie ke or aku rasa dia bff yg terlampau hebat ke ape..tak.. aku cakap nih as a realistic individual which aku rasa aidah adalah seorang sahabat..diulang SAHABAT (betapa jiwanya menggunakan term sahabat rather than member nih) yg mmg boleh blah. serius. kalau berborak or bercerita mmg banyak me-kinda-stories..it's all about me me n myself..tapi minah nih punya baik dengar je aku bebel ape..tak puas ati ape2 ke aku nak bongkak aku nak riak dia dgr je dgn seikhlas hati. yang penting dia akan gelak dgn lawak yg diberi. itula yg paling aku suke sekali. sebab dia nih paham lawak aku. tak ke stoned kalau ko wat lawak org tak paham or dalam bahasa kuantannye buat muke setonye (kire cam buat muke seposen la).. tak ke haru tuh?? tapi sebab minah nih jenis appreciate lawak orang...dia gelak gak..tak kire la dia gelak ikhlas ke gelak simpati ke (ini ismah cakap)..yg penting rasa dihargai joke2 bodoh yg aku wat tuh..ahahha... one thing yg aku learnt from many kind of friendship, bila sometimes member ko nak mengeluh (dgn syarat tak selalu mengeluh la) or nak bercerita, ko dengar je la. dia suh bg pendapat br ko bg pendapat. ini takyah pakai honesty kind of speech or whatev..kadang2 kawan yg mengeluh dan nak meluahkan isi hati nih dia nak seseorang yg mendengar..bukannya nak dgr ko bg opinion ko yg tak menyebelahi dia. sebab at any particular moment, kalau kita ada masalah dan kita mengeluh tuh kita sebenarnye dah tahu ape problem dan ape solutionnya, cumanya kita nak luah dan ada kawan yg support ape yg kita keluhkan itu....dan aidah being a good fren is also a good listener..maybe not to u guys la situation nih..tapi setakat nih kalau aidah mem-pro kan situation aku later skit baru dia bagi aku con-nya...first console than baru dia bagi a dose of reality check which akhirnya aku akan realise.."yeah yeah..the bottomline is blabla...u should not do this and that but considering this and that u can do this or do that". pendek kata, aidah antara obat stress-relief aku di KL nih (ye la..dulu ada tina, intan, ikha..skang diorg da jauhh~~) aku berterima kasih dan bersyukur pada tuhan sebab aku ada kawan macam aidah. yee..mmg we didn't got along very well at first (kat skolah dulu siap gaduh tak bertegur sapa) and she kinda regards me as out spoken-well-opinionated girl (konon la time skolah dulu). But as time went by, [we learnt that each of us have that great Arian quality (wakakka..) ] No. seriously, tapi as time went by sesi2 remaja di uni dan sampai la jadi housemate nih..aku rasa aku kenal dia kulit ke kulit dan begitu juga dia kepada aku. So yeah, aidah. Thank you for being a good friend of mine (might as well be one the best of friends). This humble-piece of entry is a dedication to u. Cheers entertainic-weather-window xp2-girl!



giler ahhh aku up ko giler2 nih aidah....nanti kire cincai blanje kat william's je ahhh..wakkakaka



p/s: aidah adalah classmate aku dari high school (form 4 n form 5) n then we embarked (unintentionally) to the same faculty and university and end-up as housemates. Ironic sbb dulu bercakau macam rimau.

p/s2: aku selalu sentimental kalau bercerita pasal kawan2…damn me~



2. pagi jumaat yang sojuk dan sabtu yg lagi sejuk mencengkam dan selamat tinggal fateema najwa


"chek...sejukkk...sejukkk"



Dan aku..being an early morning person (skang je la semenjak bekerja nih wakkaka) bangun awal utk mengemas apa yg patut. On that morning aku, kakde n aboh akan meredah supposedly banjir Terengganu to get to Bukit Besar (aku sangat tak suke nak menyebut nama kampong aku nih), KT. So bila sampai KT aku dah excited giler nak jumpe adik sepupu baru nih…tapi by the time sampai dan trus nak menciummm~ mak aku tahan..wooppp wooopp.. org yg baru lepas travel jauh tak dibenarkan mendekati budak2 baru lahir…apekahhhhh~~ setiap 10minit aku tanye mak aku dahtuh bile nye leh pegang…ape rules takleh pegang baby for travelers nih..ecey…cukup 1 jam semua kat dapur tinggal aku dgn si kecik nih je kat depan..tetibe dia nangis..ahah!! ape nak wat…’mak! Cepatle..nih najwa dah nak nangis niii’ kang aku pegang kang kene sampuk plak budak nih. Tapi dah mak aku cakap “haa..angkat2..” oihh teruih le amek peluang kannnnn…oihhh..kalau cium budak2 nih sedap tul bau dia…hmmm haaaaaa while typing away this entry automatic aku membuat gaya membau najwa…oihh heaven bau dia..mcm bau dari syurga (ek ena) hohoho…maternal instinct kicks in. anyhoo..selaku cousin yg concern nih aku pon tanye la si haikal, abg si najwa yg berumur 4 tahun nih..

Aku: haikal suke dop dapat adik?

Haikal: dopp…

Hohoh~

Ini si haikal nih semenjak dapat adik nih orang kurang la tumpu kat dier. Kesian plak. So balik umah tok aku nih aku banyak la main ngan dia nih. Aku taktau la anak orang ke ape tapi si haikal nih dah boleh mengira sampai 100 in English. Kehkeh..sumthing to be proud off ke? Taktahu le tapi bagusla kan..tengah main baling2 belon sambil mengira (which aku selalu skip nombor nak bagi dia konfius) alang my upper-east-sider uncle (literally) tanya kat haikal:

Alang: belon dalam English apa?

Haikal: (berfikirrr) aaa..haikal tahu..! belon udara panas!

Alang: (gelak) bukanlah..balloon~~

Haikal: balloonnnng (menambahkan g dibelakang)

Alang: kalau belon udara panas dalam English hot air balloon~~

Haikal: hok her bellooongg…

Aku: hot

Haikal: hook

Aku: hotttt

Haikal: hooookt

Aku: airrrrr…..

Haikal: heeerrrrr

Aku: air!

Haikal: herr!!

Aku: balloon~

Haikal: balloon!! (ok ini dia dah got it right)

Nih banyak sangat tgk six wang wang (channel 611 yg disebut oleh haikal).. apakah belon udara panas…terlalu doraemonic..! ada satu time tuh haikal siap sebut “tak gune!” nada katun digimon..alehai…~~

A:"jgn senyum besar2..senyum mcm biasa je!"
H: "okeeeyyyy"



Sebenarnye aku balik KT nih sehari je..nak balik tgk najwa n sekaligus mengambik mak n abg chik balik lah. Mak aku dah jadi ‘nurse’ makcik aku almost a week dan bapak aku can’t live without my mum…wakakkaka….aku ingat ada potensi raya haji di KT tapi tidak sama sekali. Banyakla program bapak aku selaku orang yg selalu membuatkan diri aktif dgn perkara2 sosial di kuantan kannn..menyebabkan raya haji di KT penuh meriah oleh adik beradik mak aku yg hamper kesemuanya balik except for my pakcik, de. Makcik pakcik aku from brunei dan anak dia yg blajar kat curtin balik, pakcik aku yg keje kat n.y pon balik. Pendek kate full house!! Oh~


jalan2 cari kuih di KT sangatle best...kui memacam jenis...boleh rambang mata!! lagi best kalau jumpe kuih yg nama dia nih soft michael nih.. seriyes aku tak tipu...kalau mak aku tipu aku taktahu la tuu


house of kepok lekor...awesomeness.....of course le bukan nenek akunye house..ini kedai kepok namanye

3. ahad yang bosan dan hidup seperti zaman jahiliyah

Tgh layan tgk melodi tetibe pluppp!~ blackout! Freak! Apejadah blackout nak raya keesokkan harinya nih. Tension aku. Kiteorg nih sabar la menunggu smpai mlm kan tapi episode bergelap gelita nih rupenye sampai ke pagi raya. Dah takde letrik makanya takde air la…apekah keadaan..hidup seperti zaman jahiliyah..tunggu esok raya haji kuarkan pisau gi sembelih lembu je ah..adoii…naseb baik kuantan hujan lebat so cuaca sejuk. Sejuk yg sejuk. Aku tak penah tidor tak bukak kipas (which dah takde letrik kan), pakai stoking dan bercomforter tebal. Tidak pernah sama sekali tapi cuaca sejuk punya mencengkam..perghhhh….ada sikit lagi nak sama dgn beruang kutub tidur. Aku rasa disebalik ketiadaan letrik nih ada hikmah la. Balik nak bercuti kan..dan berehat..tuhan cakap, nah amek kau takde letrik, takde air. Takleh tgk tv takleh main internet, takleh masak. Rehat lah kau cukup2!! Nak main hujan tuh tempah maut laa…1. Sebab ia buang tebiat. 2. Baju basah payah kering musim2 hujan nih buat perangai cenggitu ada kene tempeleng dgn mak sendiri. (ok exaggerated). Makanya cuti aku dipenuhi dgn tidur2 yg indah je. Sambil membuang masa dgn adik-beradik loser (ayat lazim abang aku) dengan membuang lawak bodoh mengenakan antara satu sama sama lain. Aku suh adik (pemain rugby yg berketinggian 1.86m dan berberat badan possibly more than 90kg) utk mendukung aku…wakakkaa…ye saye boleh didukung. Itu mmg buang tebiat. Itu je la time kengkonon affectionate. Kalau adik lock aku macam wrestler tuh mmg tamatlah…terkehel le aku. Mlm tuh plak makan candle light dinner. Pastuh bukak cerita pasal abg chik kat KT kat abang. Cerita how to pronounce lasagna n Bolognese correctly. Ini perbualan mak, chik, kakde dgn alang lah nih. Pastuh mak aku cakap sachet tu sebutannya sachayy..pastuh tak semena2 abg chik being a blur person dgn muke blur dan innocent:

“erm. Abang chik pon tak penah rasa” (which previously tgh cerita pasal lasagna yg sebutannya lasann-nya dan Bolognese is bolo-nyese::Italian style I donno ahh)

Gelak gile semua org…sape penah rasa sachet..??? wakakkaka….abgchik ingat sachet tuh macam seangkatan dgn lasagna n bolognese..wakkakaka…itu kelakar.

gayly watching movies togetherrrrrrrrrr...wakakkakka....


4. aidil-adha yg lagi sejuk dari hari sebelumnya

Raya aku wat hape ha? Eh macam tolong mak aku memasak all day..lurhh…letrik ada balik betul2 kul 7am. Hampehx!! Hamper tidak beraya kami. Bapak aku pagi tuh dah siap2 asah pisau la nak gi surau lapah daging. Pastuh bapak aku aku ajak aku ikut sekali dia gi surau. Begini perbualan yg lucu itu:

Abah: hah meh le ikut gi surau tuh. Tolong2 ape yg patut..potong2 ke ape

Aku: heeehh? (muke malas)

Abah: haa nanti kalau dtg tolong2 tuh nnt ada makcik2 tanye “anak sape nih rajin? Dah berpunye ke belum? Boleh aku kenalkan dgn anak teruna aku blabla” (cakap dgn muke serius)

Aku: haaaaa???? Ape aboh cakap nihhh..(tanye dgn kekehan ketawa)

Abah: lah betul la..kite kene pandai marketing..package dah ada semua..promote n marketing je la (cakap dgn nada serius yg aku takleh blah)

Aku: hahahaha… lah kalau angah gi pon sebab nak tolong orang je la..apehal nak marketing2..bukannye wat biznes.. (ayat maleh layan statement me-market-kan diri)..maleh le pegi…aboh je la pegi sorang

Abah: awok nii….(sambil mengasah pisau)

Aku: makkk..tgk abah nih cakap apeee…!~ (teruih buat2 bz potong daun)

Takleh blah~~~~~~~

Oh. Dan hr tuh chor datang singgah umah on the way balik k.l.

rugby players...heh..zhariff n my brother sulem (yo yo oo je sulem)

retired rugby player...chor..




5. selasa yg rilek dan berperasaan malas untuk pulang bekerja


Hari nih masak lagi. Ayah ngah plak nak singgah. Dengan takde airnye takde letrik nye sengsara betol memasak nih. Nak wat begedil letrik takde takleh nak kisar daging…sudahnye wat begedil ayam pakai minced chicken ramlee burger tuh je. Apekah..dah macam nugget. Masih bermalas2an dan tak mengemas beg untuk pulang ke k.l petangnya. Aku bajet nak balik sorang jela..tapi aku dah agak dah! Aku dah agak dah mak bapak aku tak balik sorang..sudahnye abang aku terpaksa la berpura2 ada kerja kat k.l supaya leh meneman aku balik. Wakakakka…dah abang teman, abang la drive. Aku duk tepi jadi tukang sembang je la. Hahahhaa…


Pendek kata, malas lah balik k.l nih. Dah cuti sedapkan. Hujan plak tuh. Sejuk je…perasaannya macam cuti lama lepas spm dulu2 time hujan..ohh memori.


Ini by standard ni, sebuah karangan yg kurang berjaya. Tidak padat dan tidak extensive. Elaborasi yg cukup2 makan, terlalu banyak ekspresi dan terlalu banyak menggunakan perkataan aku. Hahaha…kadang kita nih terlalu banyak ‘aku,me,my,I’ kan. It’s all about myself kinda stories. Heh. Dahtu…?



lebuhraya pantai timur menghala ke realiti dunia pekerjaan..demmit!~

Tuesday, December 2, 2008

rambling



saya ingin mengupdate blog. dan seperti biasa saya tiada bahan yg menarik. saya pelupa. saya tahu. banyak perkara yg serius, kelakar dan macam2 lagi yang boleh di ceritakan didalam blog. tapi disebabkan saya tak bother untuk menotakan perkara2 tersebut makanya saya memerah otak memikirkan update apa yang perlu ditaruh.

baiklah.


secara randomnya tetapi mengikut hari:

1. selasa-rabu-khamis

3 consecutive days stayed up di ofis. oh~ diorg cakap bos nak present on friday, maka pulunlah dsgn arch n aku wat presentation board...hari khamis tuh...cukup 16 jam bekerja di ofis. ape kes?? tapi nasib baik dpt bos associate yg budiman, memberi kami OTL hari jumaat. dsgn arch tuh sedap la tidor aku kene siap kul 9 kene gi ofis balik sbb ada keje dgn senior arch yg lain.. adoyy~~~ padahal dah siap mende tuh tapi takkan la nak lepas tangan plak kan..sudahnye..aku balik umah kul 7..tidor smpai kul 8am..then bangun gi bank n gi ofis. so smpai ofis secara selekehnya pukul 10 dan berangkat pukang kerumah untuk tidur 12 noon. awesome tak datang keje 1/3 day? ngahahha..dah mata pon takleh bukak apekehalnye...ingat time student2 ke boleh stay up lelame... oooo~~ untuk adik2 diluar sana.. dunia pekerjaan taklah seindah yg disangkakan..hahahha....tapi kalau camnih nye stayup..OT pon masyuk laaaaaa


2.jumaat

walaupun tak cukup tido..nama nak tido smpai ptg tidaklah aku. body dah tak dapat accept tido lama2 time siang nih.. bak kata dlm buku La Tahzan, jangan biarkan sesuatu hari itu berlalu dengan sia-sia. oleh kerna itu, aku menyahut 'cabaran', 'hasutan' dan ajakan shahnizam dato' haniff utk menonton wayang di klcc. ahah!! dah lama aku tak gi klcc berrekreasi minda gitu. maka, operasi burung hantu kami adalah menonton wayang bertajuk 'quarantine'. macam harammm..!! aku rasa aku n tina je jerit2 dalam wayang tuh. bukan ape, sbb kalau ko tak de expectation on a movie samada ia thriller atau seram atau mmg takde expectation langsung cam aku n tina nih, mmg berdebar2 je tgk cerita nih. plot simple, satu apartment kene quarantine sbb penyakit anjing gila babi (ke anjing gila je) tersebar kat manusia dan diorg jadi agresiv dan diorg attack sesama sendri. adoyy~~ adegan2 patah2, makan2 serang2 tuh mmg cam haram. nak2 time budak umur 9 tahun tuh yg kene penyakit tuh, lagila...budak kecik kalau berlakon yg menakut2kan macam tuh memang macam syaiton. erkk~~ sudahnya, hari yg tak cukup tido + penat itu telah diakhiri dgn sebuah movie yg memberat dan memeningkan kepala. itu tak cammpur lagi cinematography yg ala blair with project tu..pening!!!! sepanjang tgk wayang tuh aku duk bebel2 kat shah 'citer ape ko beli nih???'

tapi, thanks jugak sbb belanje makan aiskrim pengubat pening. hahaha..ok la..aku kalau keluar dgn partner in crime (tina & shah) aku nih mmg pecah perut. ada je le lawak2 tongek tak hengat (literally tak hengat) thanks kawan2...seronok spend time ngan korang.


3. sabtu

dah balik tgh mlm hari jumaat, hari sabtu kluar dgn azahar plak. ah dont get me wrong, sumbody should be following us that day, but unfortunately she can't come. makanya, kul 7.45 aku dah bersiap tunggu azahar yg kononnya 'KUL 8 AKU DAH NAK GERAK TAU'.. yeah rite....8.30 gak ko datang. so before embark to our activities for the day, aku dikerah utk teman skali aza gi site meeting di depan klcc. kononnya client nak dtg kul 10 tai akhirnya dtg dekat kul 11. yeahh~~ kembang punggung aku menunggu..so lebih kurang smpai kul 1 gak aku tercongok tunggu azahar habih meeting nih baru kiteorg ciao kene next stop. lowyat. beli apa? adalah... dah settle lowyat gi pavilion plak. 1st time aku gi pavilion. perok betul. hahahaha... straight gi beli tix madagascar sbb aza nak merilekkan otak. giler kelakar!!! physically fit! physically fit! (eh itu madagascar 1 laa) so pas tgk wayang, kiteorg makan2 (which 2-2 orang pon tak habeh makan) pastuh br jalan2 cari pasal kat pavilion. boleh sesat gak kire sbb besar jugak pavilion nih. tah, mungkin tak familiar dats y macam tak sudah2 rental area kat pavilion nih. kalau gi mall camnih tak sah kalau tak singgah topshop ek za? hahaha...ada org tuh siap beli baju...tak tahan btol.. tapi takpe..work attire kene tambah koleksi. aku je tak tambah2 koleksi. asik pakai baju buruk je..selekeh. kahkahkah... pastuh br balik. maka tamatlah cerita pada hari sabtu.

azahar tak fokus bila makan...tuh sayur tak makan...patutlah kering, tak cukup vitamin..hohoh~~

muka konon tak lapar, padahal kebulur~~ haha..not..itu main course pun adu dah takleh habih... over banyak makanan dia nih


4. hari ahad

ahaa...sungguh beraktiviti aku weekend ini. jgn dowh. aku dah rasa duk umah tak wat ape2 tanpe sebarang aktiviti..aku boleh jadi giler! makanya, hari ahad nih dah dirancang utk ke melaka menghadiri majlis anidafarah our 1st pointsix batch. cut the story short, aku tumpang mahdi n ikha dan had a blast of time mengarut bersama ikha n mahdi. dan untuk kak nida, congrats! lepas tuh aku, ikha n mahdi gi shopping kat OU. hahaha..tu la highlight of the day sebenarnye. SHOPPING! dapatle selai baju kerja dan 2 pasang kasut (atas hasutan BFF aku, ikha) demm...but i like~~ haha... asal nampak signage 50% off je terus masuk kedai test baju..bak bisikan ikha 'test je..test..test..' freak...haha...dahle berbaju kurung. aku rasa seperti makcik-makcik n ustazah-ustazah je pakai baju cenggitu gi tmpt crowded. anyhoo... nilai 3 barang yg aku beli di OU tuh bersamaan dgn kemeja yg aku nak beli kat topshop. pehhh...best stuffs wins. ceh apekah. takpe, next time, topshop. ..or pull & bear's jacket....oh~~~



5. dan hari isnin,

.......aku datang ofis dengan mengantuknya (dengan memakai outfit baru dan ada org cakap saya sweet pada hari ini..ahhaha).. demmmm..dan ini saya pada hari isnin yang balik kul 10mlm dalam keadaan lapar yg amat sangat akibat tidak makan malam...tapi muka maintain cool...hahahha

6. dan ini bersama rakan ofis menikmati aiskrim sambil menunggu seorang lagi kawan ofis melangsaikan hutang2nya di post office. kehkehekhe..kiri itu namanya bikhairin ihdzar dan seblah kanan itu nizam.
7. saya dapat adik sepupu ( dah macam anak sedara plak) baru: fatma najwa mohd nazri... woohoo~~~





sekian, tamat karangan pada waktu kerja dimana kerja telah settle dan mempunyai banyak masa dan ingin pulang awal menghadiri birthday party pula. kehkehekeh...oh~~