Wednesday, April 29, 2009

random 13.

1. aku kalau ada keje dapat mesti nak update blog. tah hape2 nye perangai. masa takde keje mesti malas nak update blog sebab macam takde mende menarik nak di updatekan. macamlah bile datangnye keje mende tu jadi content entry blog. pendek kata mmg over update blog time merah2 mata tgk screen monitor wat keje

2. aku mmg perasan aku kuat berpeluh kat muka (sbb tuh muke agak kecil in comparison to the body kehkehkeh) tapi aku baru perasan skang, rupenye aku kuat berpeluh kaki jugak! ya tuhan. tuh yg malas pakai sneakers tu.. baik aku pakai selipar jepun yg bile pakai dia berdecit2 bunyi cam anak kucing kene pijak

3. mantra minggu ini. jangan fikir. jangan over think. TOLONGLAH JANGAN.


4. tak sabor nak balik kuantan n tido atas katil sedap. kehkehkeh.. (sbb kat umah selimut panjang dan dapat tutup kaki smpai kepala..kalau kat umah sewa, kaki selalu kesejukan sbb selimut love love yg pendek)

5. tgk teater mahsuri sabtu harituh. entah. aku tak terpesona seperti aku tgk PGL. musik dia pon tak menawan kalbu. lirik pun kurang umphh. aku nak cakap lebih2 macam aku nih seorang teater pro kang macam tak semenggah plak. tapi kurang lah. sbb ending dia macam tergantung. probably citer mahsuri sendri yg tak banyak content, sbb fokus dia 7 keturunannya malapetaka kat langkawi which tak show pun kat dlm teater tu. lepas mahsuri kene bunuh gitu je ending dia. i was like..lahh...aku dah semangat naik bulu roma dan sedikit sedih (emo lah tuh) masa mahsuri kene bunuh tu. ceh ceh...
(yg aku tau shah suke benor part atas katil tuh..kalau kat west end ke broadway memana ke mauh adegan itu dielaborasikan lagi..HAHA evil laugh~~)

6. tension lah 2,3 hari nih. sluggish je. mampuslah. JANGAN FIKIR.

7. aku dah pindah masuk bilik budak2 jahat tuh. rasanye tak cukup 7 malam lagi baca qur'an dalam bilik tuh. baca ayat kursi cukup2 nak halau syaiton2 dlm bilik tuh. which semenjak aku pindah masuk bilik tuh, aku asik bangun lambat je. subuh gajah. masyaallah..!! taktau le kenape..nak kata lampu kalimantang yg suram2 kuku (ada ke??) or keluasan bilik yg dirasakan agak luas dan boleh buat lompat bintang 4 penjuru tanpa berlaga di dinding yg menyebabkan aku terlalu selesa sehingga overslept 2,3 hari nih. adakah? ke sbb peninggalan syaiton2 adik beradik jahat penipu/penjarah harta orang? haha dah2 jangan nak cari excuse. overslept itu atas sbb diri sendiri juga...kut lah..hihihi

8. aku rasa lawak sebab aku ajar azahar senyum dgn mata pastuh asal sms je mesti dia akan sertakan statement dia dengan (mata senyum).. hampehxx!!hhaha

9. aku rasa lirik PGLTM begitu bermutu. BEGITU SANGAT!! ke BERMUTU SANGAT??!! anyhoo.. aku punye ignorance/blur/loser taktau pun selama nih PGL mintak 7 syarat kat sultanmelaka tu (yakni)

:
i.jambatan emas
ii.jambatan perak

iii. 7 tempayan air mata
iv. 7 tempayan air pinang muda
v. 7 dulang hati hama
vi. 7 dulang hati nyamuk

vii. semangkuk darah putra mahkota


sbnrnye yg tersirat nak menunjukkan bahawa sultan melaka punye loser, utk permintaan2 itu bermaksud:

i. jambatan emas - harta yg diperas dari rakyat
ii. jambatan perak - samalah memeras tapi bak kata lirik tuh, memeras smpai berselerak (ingin aku tegaskan sekali lagi, BM SPM aku hina)
iii. air mata - tangisan derita rakyat2
iv.air pinang muda (which pinang muda takde air pun) - kemabukan yang beraja
v. hati hama - jiwa yang tidak bermata (aku dah cilok betul2 dah lirik PGL nih..hoho)

vi. hati nyamuk - mahkluk pembinasa yg hirup darah rakyat jelata

vii. darah putramahkota - kuasa tak berdaya, daulat hanya pada nama. kira cam helpless la ko kene bunuh anak sendri nnt takde waris nak hulur takhta sbb sebik nak kahwin dgn gilfren orang lain. (eh..aku hine2 sultan melaka nih kang hilang nyawa bermuntahkan darah plak kang)

kire macam nih la..kita dok baca cerita2 rakyat nih dari kecik tapi setakat cerita je..takde plak nak wat kritikal thinking (eceh) pasal pengajaran2 nih. aku rasa kita punya folklore nih boleh masuk buku teks bahasa melayu/malaysia utk di diskas secara lebih kritis among our students. kan? ke..ada je orang wat tuh tapi aku ignorance? anywayy..tak kisah la kan.. just a thought. kita semarakkan lagi cerita2 folklore nih sbb nih jiwa bangsa kita. takde la bebudak tau hannah montana, zac efron la vanessa hudgens la (aku sure adik sepupu aku yg menakan hamster dia dgn nama zac efron n vanessa hudgens nih tak tau pon ada cerita tajuk puteri cenderawasih, puteri santubong..blabla) dulu (ini rahsia besar yg terbongkar) aku suka mak aku beli cerita princess2 (hahaha...gelakkan diri sendri) sbb macam best je.. ada lah cerita puteri cenderawasih la (othman putih ke ape penulis dia), pompuan jadi puteri la ape lah..kire citer princess2 tapi version melayu yg berpengajaran. (worst, bile aku mintak mak aku beli novel, mak aku belikan aku novel kris mas..rasakan aku tak paham langsung sastera dan mintak lagi belikan novel n we already established that i read romance. hahhaha.. malu~~maluu~~lariii~~ eh apa salah..wakakka)

pastuh skang dan dan la..kuar PGL (movie n teater 2-2 awesome), pastuh kuar teater mahsuri..n nanti sat gi nak kuar movie Tun Teja plak... hah..rasakan rakyat malaysia. mari merakyatkan filem. tapi ada org tak puas ati sbb muke pan asian maya karin jadi tun teja. aku rasa ok ape. muke dia tak macam pan asian pun. muke melayu yg cantik ada. dah tuh.. manader melayu yg muka melayu yg seayu maya karin. kalau ada, meh sini bagi nama..haha ewah.. takde lah.. tak kisah la sapa bawak watak tuh..dah dia pun malaysian n part malay. takde salahnye kalau watak tuh yg bersesuaian dgn dia. tapi kalau dia berlakon jadi Tun Teja tak cakap loghat pahang memang nok kene le aok mer dgn oghang pahang.. keh tok boleh bla la kalau gitu..siti pun tak cakap pahang! cis siti....nyanyi lagu orang kelantan pulak.. (ada tah lagu dia yg ada loghat2 tuh)
ehh banyak plak aku merapu di kala ada kerja nih..hahhaha kan dah cakap...biler ada kerja..banyak je idea nak merapik.

10. pagi tadi aku browse PC aku (which officially dah taruk dalam bilik seluas saujana yang boleh melompat bintang 4 penjuru tu) sbb nak cari gambar2 yg aku nak wat black n white wallpaper utk bilik yg baru aku diami ini (which nak cover kesan cat huduh evil siblings wat..tak kreatif langsung pakai cat kaler coklat..loser! huh!)..so aku browse la gambar2 kat JOGJA which kiteorg B.Sc Arch gi masa wat heritage dulu. gambar2 masa nih macam lawa2 dan best2 (which of cos la aku a bit thin satu tika dulu..haha)

11. secara misterinya, aku ada taik lalat bawah hidung atas bibir. sungguh mistikal~~ euww euww



over kan ada taik lalat baru cenggitu. tp aku rs itu adalah parut jerawat. entohle... (sile abaikan bibir ala2 tebal n pori2 muka..ahahaha)

12. nak balik kuantan petang esok dgn daddy..!! yay! yay! (rugi 6 hinggit jual tiket bus kepada penjual tiket bus. oh..~)

13. dengarnye esok ada birthday celebration kat opis. stakat potong kek reramai aku mmg takde hal. tapi kalo dia suh aku bg ucapan sbg staff baru (yg konon2 dah 8 months keje nih) mmg aku pitam time2 tuh gak. takpun aku MC trus. damn i hate public speaking. kihkihkih...

14. aku cilok dr blog sape tah. (melampau betul bloghopping tika byk kerja..biasa syuhada niiihh..!)

ARIES - The Daredevil (Mar 21 - April 19)
Energetic. Adventurous and spontaneous. Confident and enthusiastic. Fun.. Loves a challenge. EXTREMELY impatient. Sometimes selfish. Short fuse. (Easily angered.) Lively, passionate, and sharp wit Outgoing. Lose interest quickly - easily bored. Egoti stical. Courageous and assertive. Tends to be physical and athletic.


energetic - not really
adventurous and spontaneous - can say lahh
confident and enthusiastic - can do lahh
fun..loves challenge - err..ini gua ragu2
extremely impatient - tobat ye
sometimes selfish - mmg aku kadang2 jual ikan. menyombong tak tentu pasal pun ye gak haha
short fuse - betul2..tapi sejuk pun cepat gak
lively,passionate,sharp,wit,outgoing - yeah yeah no really? yeah
easily bored - yeahh
egoistical - kan dah cakap kuat menyombong tadi
courageous and assertive - probably lahh haha


tapi..haa tah bilee masa physical n atheletic. dulu bapak tak suke bersukan. (bukan bapak aku yg tak suke bersukan, bapak aku health freak..
bapak tak suke bersukan nih satu ekspresi orang pahang yg amat/bangat/sangat ) aku tak suke berpeluh. nnt banyak baju kene basuh. sbb tuh aku venture dlm swimming je. swimming adalah sukan yg tidak berpeluh. eh kalau berpeluh hanya tuhan yang tahu tau..sape nak kire berapa liter air apeluh ko nak di compare dgn selaut air klorin pool tuh kan.. tapi skang aku macam suka la bersukan, macam.."bersukan...dan bersenam berrekreasi bersama keluargaa~~~"

aku suke noo wat mende2 ilmu kosmik nih..tah hapa2..dulu pon dah penah wat entry pasal mende nih..nih wat lagi..ehh apa jadah aku nih update blog tak sudah2...zohor tak smayang lagi.. ya tuhannnn!!

dah ciao~

(wuduk zuhur akan disimpan sehingga asar)

Wednesday, April 22, 2009

sakit kepala

dah brapa weeks tak de real keje, minggu nih kene resolve sanitary piping n RWDP piping kat front facade tuh membuatkan aku pening~~ pening~~ pastu semua nak submit jumaat. pastu aku kalau mengantuk malam2 tapi bila dah baring nak tidor takleh tidor. pastuh bangun tidor dgn mimpi2 yg buruk. pastuh aku rasa aku dgr OST PGLTM sampai sakit2 kepala sbb duk sumbat telinga dgn headphones. kat dalam keta pun pasang lagi. macam giler drowning dgn lirik2 indah tu.

point dia kat sini, aku rasa aku telah melatih diri aku dan minda aku untuk overthink things that i shouldn't bother. sebagai contoh, kisah adik beradik evil yang bukan setakat pindah tanpa memberitahu tapi tidak membayar bil dan sewa rumah. bukan itu sahaja, tumix penambah perasa makanan dlm dapur pun dah nampak bottom which aku dan aina mengesyaki mereka telah sesuke ati menggunakannya. dah la tu, ambik harta2 rumah angkut masuk rumah baru dia. kepala hotak dia lah. which aku takyah overthink pun. tapi disebabkan menyampah yg amat sangat dan aku practically care, membuatkan aku mimpi those bitches dlm tidur aku. masih mengganggu keamanan hidup aku secara tidak langsung.

solution utk masalah ini probably: redha kan apa yg mereka telah lakukan. hutang piutang dan segala barang yg diambik tanpa kebenaran itu aku cuma akan cakap, aku tak halalkan je, tanpa memikirkan perkara2 lain.

masalah ke2. hahaha...itu terlalu peribadi..! (kat sini le bile orang baca macam menyampah giler dgn berkata : eh ko kalau taknak cerita jgn cerita langsung...hahaha..eh suke ati aku lahh)




pastu, macam tak sesuai kan nak bubuh mende2 yg emotional dan personal yg personal dlm blog. tapi aku nak kata jugak, hari nih aku cemburu!

:(

oh tuhann...~~ ~


ye betul. masalah itu bukanlah masalah. ia menjadi masalah bila kita terlalu memikirkan sesuatu yang tidak releven dan tidak berasas. bukannya kita tak boleh hidup tanpa memikirkan so-call masalah itu. dan ketika inilah ungkapan yg paling sesuai diucapkan kepada orang yg konon - kononnya ada masalah itu, "ko cari masalah sendri"

ambiklah ubat. [ tapi sedarkah anda (eceh!) bahawa ubat yg mujarab secara sekejap adalah tidur. oh saya mahu tidur now so that when i wake up i can think more clearly. ]


dah..nak gi makan eskrem mat cool.

Monday, April 20, 2009

malas membuat kerja

tagged by mr.masnawi


siap tukar direction. agak lame..tapi who cares???? hahaha

Friday, April 17, 2009

part 2: edisi gambar (random)

btw, aku sayang mak aboh aku. aboh fight for me to enter the Forbidden City. kalau ikut yg lain, diorg nak lepak around 1 hour je, dah la kat Tiannamen Sq je. nak menapak ke dalam Forbidden City tuh mana la boleh 1 hour...aku dgn parents aku menapak dekat 2 jam itu pon tak habih ronda important spaces tau..thanks to my dad la..kalau tak, mmg aku stuck ikot makcik2 pakcik tuh gi shopping je la.

so, my dad cakap pd tour guide, kiteorg pecah n balik sendiri naik taxi. which turned out that ada this chinese couple from MDP actually nak masuk gak forbidden city. kesian. kalau kita gi umrah tuh kena lontar batu kat jamrah, masuk forbidden city nih ibarat rukun hidup diorg gak la..they missed the visit to the city. mmg rugi besar. takkanlah ko datang jauh2 nak berdiri amek gmbr 1 hour je without entering the sacred palace kan? itu la yg wat aku naik angin skit kat beijing. itu je la.. mak aku pun sokong aku nak beria nak masuk forbidden city. so alhamdulillah masuk gak aku walaupon kene bayar RMB60. eh manader mende free dalam dunia nih. zaman2 dulu nak masuk city nih pon kene pancung pale...kira nasib baiklah nih. hoho

gua dah maleh type cerita. yg penting awesome lah...A-W-E-S-O-M-E ! ! !


with my parents near the tiannanmen square


one of the palace building in Forbidden City. u r prohibited to enter. aku ingatkan boleh..ceh. nih probably the Palace of Heavenly Purity.

somewhere near the Meridian Gate exit.

boh..jgn terjun boh!! probably the Southern Three Palaces.

belongs to the City. snapped from taxi.


summer place. the king's office. Hall of Benevolence and Longevity kut

the throne.

the real deal. they repaint and make amends to the buildings once in every 5 years.


cool facade. so chic that in my opinion it truly represent adidas from the usage of reflective glass nih. tapi probably tak seswai dgn malaysia weather n temperature.

taktau building ape tapi facade dia kewl.

tempat semua orang menjadi gila dan syuhada bukan lagi syuhada. (gua tak leh duk sini lama2..boleh darah tinggi bargain barang dgn orang cina nih)

A Fun Ti muslim restaurant. an ID depicted from north region culture. this restaurant was actually belong to a well-known comedian in Beijing. dia punya customer include HP vice president, AMD board of director, Intel's people. gilerlah.

at silk factory. aku rasa nih diorg tgh nak menarik benang2 from the cocoon to make quilt, bed covers n stuffs lah

watercube and bird's nest. beijing's current architectural wonder. sayang tak dapat masuk dalam.
bird's nest dr kejauhan

at diamond factory near the olympic wonders. tuh mamat tuh self-acclaimed malaysian mixed thai. boleh dia pandang bapak aku n said, sawadeeka...pastuh sedap la pakcik2 dlm bus ngata ke bapak aku tok sami dari thailand la ape la...bila bapak aku jalan dgn mak aku cakap siap cakap "anna and the king" hampeh tull...bapak aku layan jek bobot2 pakcik2 dlm bus tuh. btw, this guy cakap je semua gelang harga 200 yuan, makcik2 hilang pertimbangan dan menyerbu ke arah meja2. perghh..biznes strategi dia.. pandai.. ye la kata diamond factory...mahal la item nya.


last market yg kiteorg gi. cool eh

tea making..


teahouse. pasnih aku minum 3 jenis teh kat sini aku datang bulan awal


bangunan CCTV..snapped from bus je


mak2 datin duduk menunggu baggage di check in kan...

nah amek ko luggage nye!

main tarik2 trolley

kak ida, mak n kak mas

officer-in-charge police district of pekan. kihkihkih..takde motif je aku snap gambar abg yaya nih. saje le..tgk dia nih smart no

JD (jurutera daerah) dan Qadhi (ustaz mizi) sedap bahan tido dalam flight tak gerak geri



lainkali nak gi lagi China nak wat architectural trip je...snap and sketch buildings. heaven-nyer... or backpacking to remote area. experiencing the culture, heritage and architecture. baru lonely planet 360 degrees!


oh tuhan, bagilah aku peluang itu lagi! mari 3 tahun lagi!

sekian

Thursday, April 16, 2009

part 1 : menuntut ilmulah kamu sampai ke negeri China. tapi bagaimana pula dengan shopping?


Hero? Agak la jugak beb. Kalau steps dia semua sama typical 150mm aku boleh blah. Ini satu kaki nye riser, dan sesuke hati jadi 50mm di mana2..haa…mmg workout of the year lah aku.


Day 01

Ok. Back to the whole story, where it begun. Haha menyampah intro cenggini. Ok-ok. Camnih, aku hilang 5 hari pergi bercuti dgn mak bapak aku dan ahli2 majlis daerah pekan. Ya…gile ‘awesome’ travel dgn old and rich people (tolak kami anak beranak lah.). So there were 50+ of us, gathered at KLIA around 8++ and ready to board the Airbus, flying us off to Beijing, the land of great civilization.

(ok. Dia dah start malas nak elaborate and describe things. Ada jugak aku tepek je gambar je nih)

Puas (bosan) lah aku duk kat seat aisle tepi lavatory kannnn… dah le 5hours n 50minutes. Aku mmg lenguh tahap cipan. Nak tidor pun tak selesa. Aku benci naik kapalterbang, rimas. By the way, aku stayed up the night before sampai kul 12 pulun siapkan floor patterns. And as u guys already know, I am well known for my procrastination. Makanya, aku memang tak berkemas apeharamjadah malam kene stay up. Langsung tak. Serius. Dengan gilanya aku drive 120km/h (gila la memandangkan dah pukul 12am dan aku mengantuk gile bebeng dan tak pernah mendera Scofield dgn dasyat dgn menekan minyak sekuat rasa). Sampai umah pulun kemas dan sudahnye aku tidor kul 2 and up around 4+ untuk mandi dan bergegas ke KL Sentral. Terima kasih tak terhingga aku kepada saudari Nur Solihah Zainal Abidin kerana sedaya upaya membuang masa dan keringat menghantar aku pepagi buta. Bukan itu sahaja, beliau juga sanggup tidur di rumah aku untuk membuat morning delivery ini. Oh.. Emon, aku sayangkan kau. Sila claim hadiah. Dan ye, pagi itu berjalan lancer menaiki ERL dan sampai KLIA tepat pada waktunya dan berjumpa bapa dan ibu di boarding lounge ala2 travelling alone but meet-up with somebody u know di airport. Kurang drama sbb dah berumur 25 tahun.


tidak seindah KLIA. Beijing International Airport.


Bungbangbungbang (effect ayat untuk mempercepatkan scene) sampailah aku di Beijing International Airport. * sila note yg anda akan lihat banyak gambar orang lain berbanding gambar saya sendri. Ini lah kekurangan membawa d-slr sbb nak camwhoring dgn sebelah tangan bisa membuatkan pergelangan tangan terkehel.


Beijing's architecture. snapped on bus. (jgn tanya nama bangunan)



Beijing's architecture. snapped on bus. (jgn tanya nama bangunan)


the main prayer hall


Nan Dou Ya Mosque. a 300 hundred years old architecture. Here, were mum and the others.


Suhu 24 darjah celcius. Agak chill seperti cuaca di dalam ofis. Boleh tidak memakai jacket tetapi tangan sudah icy cold. Langit mendung akibat pollution dan mungkin juga inilah cuaca musim bunga. Who knows? I can’t differentiate. Apa2lah.. tapi dari airport ke hotel telah melalui highway yg mempunyai banyak kebun bunga yg cantik2. saya terpesona. Dan juga pocket parks yg se-mart! Sangat hebat majlis perbandaran Beijing. Landscape architectnya harus di applaud. Anywayyyyy…sebelum check in di airport, dibawa menyinggah tgk acrobatic china. Awesome juga. Tapi maaflah, saya tak berapa berminat pertunjukan begini.


oh btw, our tour guide is Azmi. a chinese guy who speaks malay. dan ada nama islam. over. his friend's malay given name is Andika. lagi over. yang tak boleh blah masa diorg nak jemput kiteorg kat airport tuh aku dgr Andika tuh cakap "ada baiknya kita menaiki bas dahulu, lebih menjimatkan masa" and he said that in standard baku malaysia. hahaha...


one of the many pocket park found in the city of beijing


Day 02


Recharged! Saya adalah rabbit Duracell. Haha bengong. before lunch nye activities adalah pergi ke Jade Centre and Crystal Palace. so much of a palace la..more like a crystal factory to me. anyway, this trip was actually a guided tour. murah tu agaklah murah tapi disebabkan itu, kami banyaklah went to chinese govt's outlet where they sell their products. haa...the down-side of purchasing a group-guided tour. baiknye strategi, dia bagi kita appreciate how jade and crystal was made and shape and whatever it is, and they sell items yg worth millions of dollars. dari semurah2 item hinggalah ke semahal2 item. aku mula2 tak faham sangat why they brought us to this kind of place because in the first place, aku bajet this was an architectural trip (so naive of me...ape ko harap..mestilah shopping kinda trip..) sbb dah terbiasa dgn this kind of trip, plus we were going to China! the most magnificient place for current and old architecture!! tapi aku silap...the jade centre and crystal centre were the beginning of endless trip to government endorsed company. ceh. anyhooo...at least eventho strategi perniagaan mereka begini, kita dapat jugak ilmu on how to know real jade, how it being manufactured and stuff. in a way, ada lah educational part jugak. so boleh la blah sedikit walaupon rega-rega nye mmg tak boleh blah langsung and out of reach!


ibu bapa bergambar di depan jade sclupture yang berharga RMB6 juta convert to malaysia ringgit is about 3million. giler...


the red crystal orb. pusing 3x azmi cakap boleh dapat tuah. iyolah tuuu (yg pegang orb tuh azmi)


and after that, we went to a copper-making-item (mende tah nama n ejaan dia aku lupe) oh bukan..Cloisonne la nama dia. haa..padanla harga pun mahal untuk mende kecik2. nak buat satu hal, nak kaler tah brapa layer, nnt nak kene bayar 7x pulak..pastuh kene polish lagi...so..pandai diorg promote n made us want to buy all these things. (aku ada snap their step by step making a cloisonne nih..tapi maleh upload..hahaha)



one of many things displayed at this place


rozana...kau gadis idamankuuuu


Ini roommate aku, kak rozana aida d. zainal abidin. Kelless kan nama akak nih. Selamba aku meng-akak kan seorang kakak yang berumur 42 tahun ni. Tapi dia tak kisah, dia rock nih..aku suke kakak nih kelakar n perangai lebih kurang aku. Sempoi.


donno la what this is. mungkin menara mesyuarat kerajaan Shih Huang Ti kut. haaa...sape baca Alam Perwira mesti kenal Shih Huang Ti.

So, ye. Hari kedua. Great wall!! Ini ibaratnya kalau tak ke tembok besar china ibarat tidak lengkaplah rukun mengerjakan trip ke negara hebat ini. Dan saya telah menyempurnakan rukun saya siap dgn certificate of heroism. Over gitu. Aku n kak ida (roommate) naik smpai menara 3. lelah memang lelah beb. Aku teringat cerita bebudak heritage dulu ada nak sampai menara 7? Kamu crazy. Probably we went to a different pass so, tak kisahlah, memang gilos. Tapi best. Rasa puas yang amat sangat. Aku memang looking forward ke Great Wall nih.



Ada sorang YB nih siap pakai baju general n his wife pakai baju princess2 gitu. comey shawngatz. bapak aku pun ada sound2 aku, nak pakai baju2 nih tak, aku cakap...takpe...kita tunggu Forbidden City. Ye, satu keyakinan yang amat sangat disitu. anyway... aku memanjat dgn kak ida je lah, yang semua veteran2 stok boleh kejang kepala lutut. maka, mendaki lah aku sehinggalah mendapat certificate yg aforementioned tadi. cert yang berlatarbelakangkan menara itu boleh di ambil di menara kedua saja. makanya, tidak boleh mengelat dengan membeli plaque kat kaki gunung tuh. habih sengih aku dlm gambar itu. ahahhaha...



aku pura2 sejuk di atas great wall. sebenarnye memang agak sejuk..tapi peluh aku smpai habis kene trench coat..pe citer? ngengade je lebih tu..hahaha..


aku ada mentioned ke aku follow trip Majlis Daerah Pekan? ye. ini MDP. bak kata diorg "kenapa dekat sangat amek gambor tuh...kang tak masok kang.." kate aku "jangan riso..ini wide lens. err..kene kenalkan ke ahli MDP nih. ok yg berspek mata hitam dan berbaju biru di tengah2 itu adalah Dato' Basit, DO Pekan. cukup setakat itu. kehkehkeh


ibu dan bapa lagi. atau lagi benar, mak dan aboh


YB Ibrahim, ex Guru Besau Kampung Ganchong (kampung bapak aku) dilihat memakai baju macam general. persis general. bak kata orang2 dari group A, YB yg paling kuat bobot skali..hehe..tapi pakcik nih kelakar. serius!!!!


*bobot is Pekan's dialect for kuat merepek


view aku sedang melihat tanah jajahan aku. hahaha...itu baru menara 2 beb...tak smpai lagi menara 3 yg hancing-bancing-tak-gune-punye-tourist-kencing-dlm menara...!


view towards the never-ending wall. ini menara 3. lutut sudah longgar. mari kita turun ye kak ida. (kami tidak segila pakcik syed nasa dan pakcik rahmat (bus rahmat alamnye owner) yg naik sampai tah menara keberapa berkasutkan kasut kulit. pakcik2 mungkin mempunyai kudrat seperti general perang Qin dinasty)


tahukah anda, Great Wall sebenarnya adalah 6500 km? ya kilometer. maha panjang wall ini. tapi setelah 2000++ berlalu, hanya tinggal 5600km. hanya tinggal? gila. itu kata azmi lah. yang aku perginih actually is the Juyongguan Pass. probably kalau dapat gi area Jinshaling, boleh dapat great wall merentas indah di atas gunung ganang. pemandangan itu mungkin lebih awesome. tapi, ehh okaylah ni!!


apa2 pun google lah Great Wall to know more on this ancient and magnificient structure. betapa perasaan aku tak dapat digambarkan sebab dulu hanya tahu ikut buku je tpai sekarang, i was on it. the feeling was good~~~~



anyway...



sekian Part 1.



Wednesday, April 15, 2009

saya seorang hero


ewah...

more to come lah

Wednesday, April 8, 2009

1. aku ngantuk tahap cipan kat ofis hari ni. biasanya kalau aku stayup pun aku tidak semengantuk begini..tapi ini, tanpa segan silu mengambil kunci surau pada pukul 12noon dan tidor barang 10 ke 15 minit.

2. of cos la ngantuk disebabkan tidak cukup tidur. + bosan keje yg tak mencabar di ofis. hari nih aku bgn kul 4 utk wat keje..kene siapkan by 10th! suke ati aku je tangguh2 keje camni. suka la menyusahkan otak sendri di kemudian hari..dan rasakan kau..! pening..aku pening!! mata dah le ber-eye bag, nih tambah dark circle. hilang dah kecantikan aku... macam mana ni?? tak score lagi nih...hahaha (sempat mengarut)

3. lately aku byk mimpi buruk. yg vivid plak tuh. hantu betul. yg paling aku ingat sekali, aku kene jaga anak kembar ofismate aku. pastu masa tgh babysit tu, yg girl nih nak panjat2..ok2..aku biarkan. pastuh yg boy plak nak lari2..aku dapat tangkap satu pastuh terhilang satu. akhirnya fast forward little girl dah jadih budak pompuan umur 10, 11 tahun yg berwajah seakan2 anak bongsu mdm. noorwina. (mmg freak gile mimpi aku). pastuh yg the little boy tuh sampai sudah hilang..aku tak pulang2kan anak2 ofismate aku nih sbb takut kena jerkah dan marah. apekejadahnya tu?? ingat buku autobiografi masa darjah 5 ke taknak pulangkan pada tuannya?? aduhh..aku bangun terus badmood sbb hilangkan anak orang. adakah ini petanda aku takleh menjaga anak kembar? huhuu

4. aku tidor lah lambat macam mana pun...tapi cukup 4hours and several minutes (mengikut pengiraan alarm fon aku), mesti aku dah terjaga..pastuh smpai ofis ngantuk2. kalau smpai awal, boleh gak aku bantai tidor dlm keta.. tapi kalau dah smpai lambat..tongkat mata dgn paper clip la kat ofis.

5. aku tak kisah tidur 4,5 hours (walaupon mmg tak elok untuk kecantikan mata) tapi kalau tidor tak berkualiti seperti mimpi2 buruk yg vivid, itu mmg takleh blah.

6. tah sape cakap, mimpi buruk nih sebab banyak dosa. melampau betul...! haha..probably la..probably...kuikuikui



aku sebenarnye nak upload gambar2 hadiah yg aku dapat..tapi ish tak bawak2 jugak tranfer cable..maleh le aku. tapi smlm aku dapat hadiah lagi, from dr. hanita. sketch book n keychain teddy bear yg cuhmel..woohoo!! thanks madam. saya cuba berjanji untuk kembali meng-sketch..ahak!

on the other note. ini current playlist.
1. matt wertz - 5.19
2. bee gees - alone
3. jennifer hudson - if this isn't love
4. matt wertz - the way i feel
5. beyonce - single ladies

Friday, April 3, 2009

lunch hari jumaat lah paling boring

browsed youtube and found this. hilarious!!



kalau aku, mesti dah join sama nyanyi..ewahh bajet berani.

Thursday, April 2, 2009

ohh..

smlm aku gi alpha angle dgn aina. seperti biasa, rewang dan shopping. (dapat 2 helai gak baju baru...woohoo!) after makan aku gi solat kat surau. macam biasalah. pastuh ada sorg budak perempuan dalam 5,6 tahun kut nak solat jugak. dia cakap kat mak dia, dia nak solat pastuh mak dia cakap, haa solatlah.

pastuh dia amik wudhu dgn aku. dia punya tertib amik wudhuk tuh kalah aku, siap bercakap2, "mula, basuh tangan, kemudian niat, nawaitu....kemudian basuh tangan, dan kaki. apabila sudah selesai, basuh lah kepala.." i was like...alahaii...mesti belajar kat tadika islam nih ambik wudhu siap ada manual. hihi..comel..

pastuh aku solat tepi mak dia, after aku dah siap, aku tanya, "adik nak sembahyang ke?"

dia angguk pastuh bertanya, "auntie dah sudah ke?"

ooohhhhhhh.....auntie blushing!!! then it strucked to my mind, haruslah aku, yang berumur 25 tahun ini dipanggil auntie oleh kanak2 berumur 5,6 tahun yg comel itu. aku tah tetiba datang malu, "haah, dah sudah..nnt aunty ambikkan sejadah lain ok?"


woha!!!!

in another story @ office,

x: smlm besday dia nih..dah boleh kahwin nih!
y: oh ye ke...dah masak ranum lah nihh
aku: (blushing) warghhh ape cakap camnihhh..blushing2x
x: haha..kalau sebelum nih ape, mentah ke?

masak ranum???

wohaaa!!



sekian,
-auntie adda-

p/s: nnt kita cerita pasal aku being a late bloomer. kihkihkihkih..dah dewasa dah anak pakcik sharip ni..! (sempena birthday tahun ini, saya berikrar untuk live life to the fullest)